Showing posts with label Kesihatan 2013. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan 2013. Show all posts

Friday, January 18, 2013

rEsDuNg Oh rEsDuNg

*Petua Merawat Resdung

Resdung ialah merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit.Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka.Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.Simptom resdung ialah seperti sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau busuk,mata gatal-gatal,penglihatan kabur,telinga gatal,seluruh muka gatal,jerawat biasa atau batu,muka berbintik hitam,kahak banyak di kerongkong,gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah.

1)Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.
2)Sedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih.
 ### COPY PASTE ###
selamat mencuba!!!

Kakiku kakimu jua..

*Petua Penjagaan Kaki

* Periksa seluruh kaki anda setiap hari dengan mencari atau merasai antara celah-celah jari kaki dan kawasan tumit. Pastikan sama ada terdapat luka, rasa sakit, melecet dan kalus (belulang).
* Gunakan cermin atau minta pertolongan orang lain jika anda tidak dapat melihat kaki anda.
* Basuh kaki anda setiap hari dengan air suam (bukan air panas) dan sabun yang lembut. Jangan rendam kaki anda kerana ia akan menjadikan kulit kaki terlalu lembut dan rapuh; jangan gunakan sarung tangan yang kasar atau berus dan jangan membasuh kaki anda terlalu lama.
*Keringkan kaki anda sebaik mungkin menggunakan tuala lembut dengan menepuk secara perlahan, jangan gosok. Pastikan anda turut mengeringkan bahagian antara jari kaki kerana kulit yang lembab boleh membawa jangkitan. Anda juga boleh menggunakan bedak talkum pada kaki anda kerana ia boleh mengekalkan kekeringan kaki.
* Jika kaki kering, anda boleh gunakan pelembap untuk mencegah keretakan. Bagaimanapun, jangan gunakan pelembap di antara jari kaki kerana ini boleh membawa jangkitan.
* Potong kuku kaki. Potong dengan menggunakan pemotong kuku selepas membasuh dan mengeringkan kaki anda. Potong kuku mengikut bentuk kuku dan jangan terlalu pendek. Ingat, jangan potong di bahagian sudut kuku. Ini boleh menyebabkan cekam atau kuku kaki tumbuh ke dalam kulit. Kemudian, kikis kuku kaki dengan pengikis kuku untuk meratakannya.
*Alat-alat yang digunakan untuk rawatan kaki seperti pengikis untuk menghilangkan kalus, pisau cukur, gunting hujung tajam dan plaster kematu tidak boleh digunakan sama sekali bagi orang yang menghidap diabetes kerana peralatan ini dengan mudah boleh menyebabkan kecederaan atau merosakkan kulit. Gunakan batu lahar untuk menanggalkan kalus selepas membasuh kaki. Gosok batu tersebut dengan lembut di atas kalus pada satu arah sahaja. Teruskan melakukannya selama lima minit setiap hari sehingga kalus tersebut ditanggalkan. * Sentiasa memakai sandal apabila ke kolam renang.
* Jangan ke mana-mana dengan berkaki ayam, walaupun di dalam rumah.
*Jangan biarkan kaki anda terdedah kepada suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
* Lakukan senaman dan urutan kaki setiap hari untuk merangsang peredaran darah. Jangan pergi ke rumah urut untuk berurut kerana ia boleh mencederakan kaki anda.
* Jika kaki anda luka atau melecet, bersihkan luka tersebut dengan serta-merta.Sapukan krim antiseptik dan balut bahagian tersebut dengan pembalut steril. Terus membalutnya sehingga luka tersebut sembuh. Dapatkan rawatan perubatan jika luka berkenaan tidak menunjukkan tanda-tanda sembuh selepas dua hari.




 #### COPY PASTE ###

Monday, January 14, 2013

Peringatan kepada Kaum Hawa..

BAHAYA KEPAK AYAM PADA WANITA
Pertumbuhan sis(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

KISAH BENAR...
Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim dan dia menjalani pembedahan untuk membuang cyst tersebut. Cyst yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya. Tertanya-tanya bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak kerana didapati di tempat-tempat ini kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita. Ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan cyst yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam..

Wallahhu'alam.. Sumber dari internet..


PENDAPAT SAYA BUKAN TAK BOLEH MAKAN KEPAK AYAM.. BOLEH... TAPI CARI YANG ORGANIK ATAU AYAM KAMPUNG YANG MEMBESAR SECARA NORMAL DAN TIADA UNSUR STEROID.. SAYANGI DAN HARGAILAH TUBUH BADAN YANG ALLAH ANUGERAH INI.. 



## copy paste ##